Buscar

Seharian Mengemas Bilik Yazrin dan Yazmin ... Aduh Letihnya :)


Pagi2 Along dan Angah tanya, boleh tak ibu kemas bilik Along dan Angah hari ini? Mak ai .... pandainya bagi ibunya kerja di bulan pose yang mulia ini. Mencabar sungguh permintaannya. ini dikatakan mencabar adalah disebabkan :-

1) Diaorg nak tidor atas katil, maksudnyer me kena pasangkan katil mereka ... huhuhu, sebab biasanya sebelum ini, diaorang berdua tidur atas tilam jer Mr. Hubby taknak pasangkan katil sebab takut jatuh ...; dan
2) Diaorg nak TV letak kat atas meja, maksudnyer me kena angkat TV yang besar macam anak gajah tu dan letak atas meja, sebab biasanya TV tu cuma letak kat lantai jer.

Me tersenyum masa diaorg mintak tolong tu dan kerana me tidak mahu menghampakan kehendak budak dua ketul ini, me terus jer laju menuju ke bilik tempat simpan barang untuk
mengeluarkan part2 katil mereka yang sememangnya tak pernah pasang pun, atas sebab2 keselamatan.

selama 3 jam jugak 
me menyiapkan bilik mereka ni ..... dan akhirnya siap :)

Inilah bilik tidur 
Yazrin a.k.a Along dan Yazmin a.k.a Angah


Katil inilah tempat Along dan Angah melenakan diri dan melompat2 macam? haish ...... malas nak citer. hehehe


nampak gitar tu? ha tu gitar Mr. Hubby, kalau tak der kije nak buat dia suka lepak kat bilik ni sama anak2, kadang-kadang me pun suka lepak dalam bilik anak2 ni sambil lipat kain. 


Bear, anak patung dan bantal memang tak dapat dipisahkan dari Along dan Angah, me rasa anak2 yang lain pun begitu jugak kan?


Ha ............ nampak bola besar tu, Itu dibeli oleh neneknyer yang mesra dipanggil Mak. Yang Merah untuk Along dan yang Biru untuk Angah


TV besau ni lah yang me angkat, lepas angkat terus berehat satu jam. hahahahahaha.

nampak bola yang seketul lagi tu, yang itu dibeli oleh auntienyer yang dipanggil mesra sebagai Mama, Mamanyer beli dua biji jugak, tapi satu dah bocor dikerjakan kucing kat rumah ni. Tinggallah bola itu sendirian. Sedih .........


Nampak tak beg Doraemon, masa nak beli beg tu, Along dan Angah cakap, nak beg Ang- Ang 
( ayat ni ada dalam lagu Doraemon )
Bila diaorg sebut ang-ang, akak yang jual beg ni tergelak dan yang best tu terus dapat diskaun, dahlah beg tu murah dapat diskaun lagi, Hai selamatlah duit me yang tak berapa nak selamat ni. yeeeeha ............


Dalam gambar ni semua nampak ada dua kan? 
kecuali ang-ang tu, sebabnya takyah lah citer yer, panjang sangat .... :)


Sticker ang-ang tu adalah favourite diaorg ni, janganlah berani sentuhnya, kelak menyesal diri. heheheheheeheheh


KIV:- penatnya membebel, ok jumpa lagi next entry

2 muncung Cik Wok:

Anonymous

ila ingatkan katil dowg pown ada dua.. hee~ hebat lar MH.. super dupper mama.. :)

Diari Maria

tq .... hang tak tahu, habes tenaga satu hari tau. hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BannerFans.com
BannerFans.com

Kalau Nak Dengar, Pastikan Speaker Jangan Bukak Kuat Sangat ... Enjoy