Buscar

Misi Mencari Sabun Pencuci .. :)


Assalamualaikum kepada semua yang membaca, Indahnya cuaca pagi ni, rasa macam nak update blog jer, tapi kisah minggu lepas, bolehkan? 
citer kami sekeluarga keluar ke Tesco Semenyih untuk mencari sesuatu barang yang 
agak penting jugak buat suri rumah...... ? kalau takder ni kelam kabut jugak di buatnyer, sebenarnye dah berapa kali dah Mr. Hubby janji nak keluar untuk mencari barang ni, tapi masa selalu takder dan me yang terpaksa menanggung akibatnyer. Huhuhu sangat sedih, sedihlah sangat yer.

nak tahu apa bendanyer, saiznyer ada bermacam-macam, kaler pulak ada berwarna-warni, harga pun lain-lain. Cuba teka apa tu? 


Haaaahaa

Sabun Basuh Baju jer sebenarnya. 


Ekonomi Handalan
Memang Murah, Memang Jimat
sebenarnya tak jugak murah kalau beli time takder diskaun ...... :(

Tapi apa nak buat


Baju dan kain dah selonggok tak cuci,  Ini bukan bermakna 
me malas yer cuma tak berkesempatan nak keluar sebab macam biasalah nak keluar kena  tunggu Mr. Hubby balik dari kerja, kalau pulangnya lewat, tak dapatlah keluar. 

dan

Mesti ada yang tertanya-tanya kan kenapa nak cari sabun basuh baju pun sampai ke tesco. hihihi. Sebenarnya gambar-gambar di bawah inilah yg membuatkan kami nak ke

 Tesco ......... memang cool. 

Tempat favourite Along dan Angah. 
1 Token RM1 jer, cuma tukar RM5, dapatlah naik kereta 5 kali :)



Along dan Angah kalau dah naik jet perang ni, memang tak ingat apa dah, habes semua bom dia nak jatuhkan .... ranap lah negara yang diaorg serang tu. huhuhu


Lepas dah penat berperang, sekarang nak naik jeep, merayap kat Safari, tengok gajah, harimau, zirafah, kuda belang dan yang kelakar tu ayam pun ader. hihihi


Kat tangan Angah tu ada Hot Ticket, Ticket tu Angah pegang dari pagi sampai ke malam, katanya dapat tukar ngan Ayam cam Upin Ipin 
( maksudnye Ayam KFC bahagian peha la tu ) hahaha


me tengok dari jauh cam seronok jer, datang lah dekat nak tengok, sajer nak ngusik .... 
Along terus cakap, Ibu duduklah kat sana minum air, nanti dah sudah Along datang kat Ibu eh ...
Amboi pandai jer suruh me pergi minum dulu .. 
Haish, budak zaman sekarang cepat sangat belajarnya :) 


me yang agak2 tension jugaklah menunggu jeep Safari nyer yang tak berhenti2, walaupun tertulis kat situ 2 minit sahaja, Tapi kenapa me rasa macam dah 20 minit tunggu. 
Takpelah bila tengok muka diaorang happy, me pun dengan happy jugak mengambil kesempatan untuk duduk kat salah satu kereta mainan kat situ
Ahakz, seronoknyer ........


Oklah time nak balik, sempat snap gambar me and Mr. Hubby, gambar anak2 takperlulah yer, sebab diaorg tengah mengalirkan air mata yang tak berapa nak keluar dari mata ( buat2 nangis )            
                               
BYE

KIV : Ngantuklah, mau tidor dulu .... jumpa lagi :)

1 muncung Cik Wok:

Unknown

Mana jual sabun handalan ni ye?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BannerFans.com
BannerFans.com

Kalau Nak Dengar, Pastikan Speaker Jangan Bukak Kuat Sangat ... Enjoy