Assalamualaikum semua
Hari ini me naik angin betul mengenai perihal dan perangai jiran sebelah umah, yang memang menyakitkan hati, citer nyer macam ni. Seperti biasanya waktu pagi selepas Mr. Hubby ke opis, me dengan automatiknya akan melepaskan semua anak2 bulus kat rumah ni kat car porch untuk mereka semua menikmati keindahan alam dan merasai nikmat angin yang tak berapa nak sepoi2 kat luar umah ni, maklumlah sekarang ni byk betul pembakaran terbuka, me lepaskan mereka tu pun sebab me nak jemur kain dan siram bunga kat luar.
Bila keje pertama dah selesai, me rasa malas nak bagi tahu yang me terpaksa main permainan Police Entry dengan mereka semua. Setelah setengah jam berperang sampai berpeloh akhirnya berjaya bawak
semua masuk lokap, hehehe, lepas tu barulah me siapkan tugasan yang kedua, iaitu masak untuk Along dan Angah, tak masak yang berat pun, selalunya buat sambal telur rebus lagipun tu favourite budak dua ketul tu, lepas layan dua ketul ni makan, me tengok citer industan ... layan :) Dalam pukul 1 petang citer industan habes jer terus me jenguk kat tingkap nak check samada baju yang dijemur masih cantik ker susunannya atau pun dah habes diterbangkan angin, bila tengok dari atas baju cam dah kering, me pun turun bawah dengan senyap tanpa mengeluarkan satu bunyi pun sebab taknak anak2 bulus kat rumah ni ikut keluar. Bila buka jer sliding door, terasa panas sampai menyumpit-nyumpit tekak, seb baik dalam peti es tak simpan apa2 air buah atau air yang sedap, kalau tak tergugat iman.
heheheheheheh.
Lepas tu me ingat nak melelapkan mata sat, tapi telinga ni dok menangkap satu bunyi kat luar rumah, maklumlah pintu beranda bilik atas memang di buka supaya angin masuk..... Bila amati betul2, macam bunyi orang tengah memaki hamun, dengan malasnye me melangkah ke beranda untuk check, rupa2 nyer jiran sebelah umah ni tengah sebok dok halau 2 ekor anak bulus me dengan kayu, siap bercekak pinggang bagai, kalau halau cam gitu2 jer takperlah, ni siap maki hamun lepas tu main simbah2 air pulak, kalau simbah dengan air paip takper, ni simbah guna air yang dalam baldi kat depan umah dia tu dan macamlah me tak tahu yang dalam baldi tu air clorox, apalagi menyirap lah urat saraf dibuatnya dan kaki ni laju jer pegi kat gate, bila me tunjuk muka kat dia, terus dia lepaskan baldi dan mulalah nak berdrama macam kat bawah ni :-
Jiran : eh kucing you jatuh kat longkang depan tu lah
me : oh ye ker? jatuh, macamana boleh jatuh, kalau jatuh kenapa dua2 pulak kan? macam dah janji jer Blacky ngan Bourne ni... tapi longkang mana yer?
Jiran : Longkang kat depan tu ha.. habes bulu kucing tu dah comot
(me pun pura2lah cium kucing tu depan dia)
me : eh eh kenapa bau clorox ni, saper lah yang buang air clorox dalam longkang depan tu ... sian tikus2 nanti mati :)
Jiran : tak tahulah, orang sekarang ni semua taknak mengaku bila dah buat salah
(dalam hati me: eh eh, pandai sungguh berdrama)
me malas nak layan orang macam ni, me terus masuk umah tanpa menjawab pun, malas betul berjiran dengan orang yang tiga suku ni, tak pernah nak fikirkan perasaan orang lain.
tapi sebenarnya ........ salah me jugak sebab tak buat spot check betul2 samada anak2 bulus semua dah masuk rumah ke belum (tapi rasanya kira macam cukup jer, macamana 2 ekor ni boleh terlepas kandang, heran betul).
Inilah dua ekor yang terlepas kandang ... :)
Blacky & Bourne
kalau diingat balik pasal jiran ni, memang dah banyak kes dia buat, tapi selalu jer buat muka tak bersalah walau diri tu bersalah, lagi pun bila tanya jer mesti dia taknak mengaku, sudahnya me jugak yang sakit hati :(
KIV : letihlah citer pasal jiran tiga suku ni, buat habes tenaga jer
ok, Chau Chin Chau
11 muncung Cik Wok:
mati2 ingt 2 boy yg lasak,lah mioww ke,hehehe..
hahaha, meow2 tu pun dah macam anak jugak :)
eceh kucing rupa nya .. hua3 ..
btw, panjang juga entri nih .. keh keh :)
tulah, nama pun diari kan? dah tentu panjang giler citernyer. hehe :)
kesian Blacky & Bourne.
tak patut sungguh jiran tu
menganiaya haiwan terutama kucing kerana kucing juga haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W.
~dalam sebuah Hadist shahih Al bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Itulah, sangat tension ....
thx yer untuk kata2 di atas :)
pasal Comel dulu pown dye punya kerja lar kan?? arghhhhh~
nakal sungguh blacky n bourne niyh.. babap kang?? hee~
jangan disentuh pasal comel, MH sedih lah ....
mehlah datang semenyih kalau nak babab ila oi :)
ala MH ckp jer psl hadis...bru nk senyap kot diorg tuh, sama la cm jiran sya...mangkok
pasal hadis? jiran cina la sayang oi. manalah deme paham.
maki cukuplah. heheheh
sabar ye akak :)
Post a Comment