Buscar

Emosi Sungguh Hari Ini ..... Seb Baik Ada Nasi Ayam Untuk Berbuka Puasa


Assalamualaikum Semua

Hari ni me nak bagitahu yang me & family akan berbuka puasa di rumah 
mak me di Bandar Sunway...
Kalau tak silap lah kan kakak me kata nak buat Nasi Ayam.... Nasi Ayam? erm ... agaknya ada tak rupa Nasi Ayam tu macam kat bawah ni, kalaulah  sama mungkin me akan sental 3 atau 4 pingganlah sampai ada orang yang sentap. Zasssz .............

hehehehe. Nasi Ayam tunggulah ketibaan rombongan Cik Kiah ku yer :)


Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan

ayam Upin & Ipin yer :)

Wakakakakakka

Tapi sebenarnya me bukanlah nak fokus pada citer Nasi Ayam ni, tapi pasal satu story yang berlaku tadi .... Jeng Jeng Jeng, Suspen nyer

Sebelum me & family berangkat ke Bandar Sunway, me singgah kat satu pasaraya ni jap. Pasaraya $%^&*&^%$#@, jap jer bukan lama pun sebab nak cari sanitizer untuk anak. Mr. Hubby dan anak2 tak masuk pun just tunggu kat tempat duduk kat luar pasaraya jer, me sorang2 terkedek2 gi cari sanitizer tu, Lepas dah bayar jer me dapat sms dari Mr. Hubby katanya tunggu kat tempat biasa, dalam 10 minit lagi dia datang, Ha nak tau dia gi mana? dia gi cuci yak Angah. Heheheheheh

Masa tengah tunggu tu me ternampak satu pompuan ni duduk kat kerosi berdekatan dengan me sambil riba anak kecil, kat sebelah dia ada sorang laki, rasanya laki dia kot. Eh eh tak kesahlah kan saper pun laki tu, janji bukan laki me, me tengok ke arah baby tu, sian pun ader, tecit2 dah di bawak ke tempat yang berekon, mesti sojuk baby tu, me rasa pompuan tu masih dalam pantang lagi sebab pompuan tu pakai stokin bagai, dalam hati me cakap apsal tak pakai param atau pilis kat dahi tu sekali. Hehehehe jahatnya me.

Bila me tengok jam dan jam tengok me, me rasa macam dah lebih dari 10 minit Mr. Hubby tak sampai2 jugak, memandangkan Mr. Hubby ni tak sampai2 lagi, me pun ingat nak amik peluang lah nak tengok baby tu, manalah tahu dapat dokong, me ni memang sukakan budak2, he he dengan bangga dan penuh glamernya me pun gi lah dekat, bila dah sampai me pun borak2 ngan pompuan tu, macam dah lama pulak kenal, maklumlah me ni peramah ... Hihihihi

me tawarkan diri nak dokong, tapi laki dia macam tak bagi pulak pastu buat muka dan separuh berbisik kat bini dia 

'takyahlah bagi dokong karang jatuh ke hape, kita yg susah'

Hamboi mulut takder insuran langsung, pompuan tu senyum jer dan dia pulak kata  

'maaflah dik yer, akak bukan taknak bagi pegang dan dokong tapi akak takut sikit sebab budak2 muda macam kamu pegang, kamu mungkin tak biasa atau apa, dan akak takut juga kamu tersalah pegang nanti susah sebab ni baby lagi, akak harap awak faham yer'

me sangat sedih, dan me rasa malas pulak nak terangkan yang me ni seorang pompuan dan juga ibu kepada Along dan Angah, Nasehat me pada kalian, janganlah kalian melihat seseorang itu dari segi rupa dan saiz badan yer, me sangat beremosi ketika melangkah kaki ke tempat duduk semula... Dalam 5 minit lepas aksi itu, muncul lah Mr. Hubby dan budak dua ketul ni dari celah mana pun me tak perasan, tapi dari jauh me dah nampak diaorg tersengih2 sambil terjerit2 panggil 
Ibu .... Ibu .... Ibu

Hish ... macamlah diaorg ni ajer yang ada Ibu kat pasaraya ni :)

bila dah berpeluk kan macam jejak kasih kat tibi 3 tu, me dan Mr. Hubby pun pimpin tangan Along dan Angah untuk turun eskalator, tapi sebelom kitaorg turun sempat juga pompuan tu cakap sorry kat me sebab tersalah cakap tadi :)

lepas dengar tu me terus senyum dan blah dari situ dengan cepat sekali, sempat me tanya kat Mr. Hubby apsal lambat sangat, kata ke toilet cuci yak Angah.

"Gedebak Gedebuk Gedebak Gedebuk citer"

oh ... patutlah lama, lepas ke toilet Mr. Hubby sebok dok layan Along dan Angah main benda alah yang kat bawah ni ha, tapi yang kelakar nyer tu ada ke patut Angah suruh Mr. Hubby naik juga sama ngan dia. 


Hehehehe seronotnyer dapat naik menatang ni, yang biru tu tak pastilah menatang apa, nak kata bear bukan, kucing bukan, kura2 lagi lah bukan kan?

Hahahaha, sekarang kami semua pun berangkat ke Bandar Sunway untuk berbuka bersama keluarga dan opkos Nasi Ayam.

Sekian Trima Kasih, rasa cam nak putus jer jari jemari ni menaip ... jumpa lagi :)

KIV : ada citer menarik lagi, sila tunggu kalau berani.

5 muncung Cik Wok:

Nurnasihah Shahbuddin

Haah kan, kekadang saiz badan kecik org ingat bebudak lagi kan. Padahal dah ade anak dah. Huhu, salah faham je tuuu.

Diari Maria

tu lah pasal, tapi kalau tak bagi pegang anak tu jgn lah perli depan2, terasa tau

Anonymous

tu tandanya.... MH awet muda.. hee~ ;p

anizarina

sabar MH..sabar..yerlah..MH klo org tak kenal..mmg nmpak macam anak dara lagi..huhu :) :)...awet muda laa namanya tuh..hehe

Diari Maria

ila, nak tau petua macamana MH ni selalu nampak muda?

anizarina, time kacih, malu jap ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BannerFans.com
BannerFans.com

Kalau Nak Dengar, Pastikan Speaker Jangan Bukak Kuat Sangat ... Enjoy