Assalamualaikum semua
hari ni me nak story pasal gelagat Along dan Angah bila mencari baju raya , me sepakat ngan Mr. Hubby nak ke Jusco Balakong jer memandangkan jarak rumah dengan Jusco tu cuma 20 minit jer, lagipun Mr. Hubby suka ke sana kerana kawasan yang luas dan tak berapa sesak ngan orang. Tapi malangnyer malam tu ramai lah pulak, sesak betul nafas. Sampai jer kat sana parking penuhlah pulak, Mr. Hubby suka parking kat luar, tapi nak nunggu peluang parking tu kosong memang berjanggutlah, Along ngan Angah dah stat
berbunyik2, me pun kesian dengan diaorg dan suruhlah Mr. Hubby parking kat basement jer yang gerenti ada byk kosong...sampai jer kat Jusco mata Along dan Angah terbelalak dengan besar sekali sebab dia nampak kedai yang ada gambar orang tua pakai cermin mata (KFC la tu) ..
selalunya benda pertama yang me dan Mr. Hubby cari ialah Troli, jangan salah paham yer, bukannya nak shopping tak ingat dunia, tapi nak letak budak dua ketul ni lah, macam gambar di bawah ni..... :)
Nak tahu apa yang dibuat si Angah kat Alongnya ....?
Siapa tahu angkat tangan. hahahaha.
Along dan Angah sedang melakonkan watak2 dalam filem Apocalypto, filem mengenai kehidupan orang asli yang ditindas oleh puak yang lebih kuat, nak tahu selanjutnya carilah DVD tu yer :)
Yang ini pulak Along sedang mengerjakan Angah, me tak dapat tangkaplah pulak citer apa... bila tanya? diaorg pun jawab tak tahu. ooooh berlakon tanpa skrip la ni yer :)
Bila Mr. Hubby mintak Angah bergambar, inilah selalu hasil yang diberi, asyik buat peace jer kerjenyer... tapi ada yang bagitahu yang tu bukan peace tapi mintak rm2, kalau buat dua tangan maknanya RM4. Heheheheh
Ini pulak lakonan Angah menjadi tauke Saloon rambut, dikerjakan rambut Along cukup2 sampai menangis Along... tapi bukan nangis betul, cuma lakonan saja yer. Tapi lepas kes tarik menarik rambut ni, Along dan Angah gaduh jap, me dan Mr. Hubby tak heran pun kalau diaorg ni gaduh sebab memang dah selalu macam tu, dalam sehari rasanya adalah 50 kali diaorg ni bergaduh, gaduk anak2 jer.
Sabar jelah ..........
bila tengok lama pulak masamnya muka budak dua ketul ni,Mr. Hubby offer Along dan Angah ayam upin ipin (ayam KFC bahagian peha)
dengar jer tawaran hebat lagi menarik tu terus jer masing2 bersalaman dan berpelukkan.
Aduhai anak2 ibu .... :)
Bila dah mesra ini lah jadinya, dalam troli pun boleh main2, me and Mr. Hubby letak diaorg dalam troli bukannya apa, diaorg terlalu aktif, kalau bagi diaorg jalan sendiri tak sampai 2 saat budak dua ketul ni mesti dah hilang. Maklumlah sekarang ni pun banyak kes yang bukan2 kat luar.
Kesimpulannya, malam itu me dan Mr. Hubby tak beli apa pun, sebab orang terlalu ramai, kat kaunter pembayaran jangan cakaplah berapa panjang barisannya yang beratur nak bayar ... cuma malam tu Along dan Angah lah yang paling seronok dapat makan ayam macam upin ipin..
KIV : Dah malam ni nak tidorlah, jumpa lagi :)
4 muncung Cik Wok:
hee... rupenyew depa pergi sopping.. :)
sudahnyer shopping ayam KFC dia jer :)
olololo... comelnya... dah berkahwin rupanya... kembar ya? serius comel...
yer, dah berkahwin :)
dah 4 tahun umur Along dan Angah
Post a Comment